Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

AMANAT TERAKHIR TUAN PENGETUA SMAKT

Pengetua Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah iaitu Ustaz Zaidi bin Ismail telah menyampaikan amanat terakhir kepada semua warga SMAKT ketika perhimpunan pagi pada 12 September 2019 yang lalu. Ucapan tersebut bersempena pertukaran beliau ke Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan Kuantan. Sebelum itu beliau pernah bertugas di  Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan. 

Dalam ucapannya, Ustaz Zaidi melahirkan rasa gembira dapat berkhidmat di SMAKT selama 1 tahun 5 bulan (2 April 2019 sehingga 17 September 2019). Beliau mengakui SMAKT mempunyai barisan guru yang komited, bekerja keras  dan mampu mengangkat prestasi sekolah ke arah yang lebih baik.

Segala jasa bakti Tuan Pengetua sepanjang berkhidmat di sekolah ini akan kami kenang. Marilah sama-sama kita berdoa, semoga Allah SWT melimpahkan rahmat kepada beliau agar dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama dan bangsa. 


Tag: 2019 Majlis Persaraan & Perpisahan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini