TEKNIK BELAJAR SECARA BERKESAN
SMAKT – Satu program motivasi untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 telah berjaya diadakan di Dewan Al-Abqori pada 13 Februari 2018 (Selasa) yang lalu. Seramai 203 orang pelajar telah menghadiri motivasi ini memandangkan mereka akan menduduki PT3 pada tahun ini.
Penceramah jemputan untuk program ini ialah Cikgu Nor Afizah binti Razab. Beliau merupakan seorang Kaunselor di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak, Bera Pahang. Teknik Belajar Secara Berkesan merupakan tajuk terpilih bagi motivasi pada...
LADAP 2018
SMAKT - Bertempat di Dewan Al-Abqori SMAKT, seramai 110 orang peserta yang terdiri dari kalangan guru-guru dari lima buah sekolah agama (SMA Al-Khairiah, SMA Al-Wosto, SMA Pelangai, SMA Guai dan SMA Chenor) telah pun berkumpul seawal jam 8.30 pagi bagi menjayakan program LADAP (Latihan Dalam Perkhidmatan). Ia telah diadakan pada 10 Februari 2018 (Sabtu) yang lalu.
Tajuk LADAP pada kali ini ialah Cabaran Guru Masa Kini yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu En. Kamarozaman...
PENYAMPAIAN BANTUAN PENDIDIKAN PELAJAR SMAN 2018
SMAKT – Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan Pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (SMAN) Tahun 2018 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini 9 September 2018 (Jumaat), bertempat di Dataran Al-Muttaqin sekolah ini. Penyampaian duit bantuan ini telah diberi kepada 1058 orang pelajar di SMAKT.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YDH Orang Kaya Indera Pahlawan Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid Bin Haji Wan Hassan SSAP.,SIMP.,DSAP.,SAP.,JSM.,AMP, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan...
KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSD TEMERLOH 2018
SMAKT – Tahniah diucapkan kepada pasukan takraw Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah (SMAKT) kerana telah muncul sebagai Naib Johan di Pertandingan Sepak Takraw, MSSD Temerloh 2018 kategori bawah 18 tahun. Manakala Johan pula telah dimenangi oleh Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh (ABS).
Pertandingan ini telah berlangsung di Dewan Badminton, Gudang Beras Temerloh. Ia telah diadakan selama tiga hari berturut-turut bermula dari 6 hingga 8 Februari 2018.
Tahniah juga diucapkan kepada guru...