Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

KELAS GERAK GEMPUR SPM 2018

SMAKT – Seramai 172 orang pelajar tingkatan 5 selesai mengikuti Kelas Gerak Gempur SPM 2018. Kelas ini telah bermula dari 1 Oktober dan telah berakhir pada 10 Oktober 2018 yang lalu. Kelas gerak gempur telah diadakan di sebelah petang dan malam mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh S/U Peperiksaan SPM. 

Objektif utama kelas ini  diadakan adalah untuk mendedahkan teknik dan cara menjawab soalan serta dapat membaiki kelemahan diri dalam aspek pembelajaran. Di samping itu, pelajar juga didedahkan dengan seberapa banyak soalan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang akan mereka duduki ketika peperiksaan SPM nanti.

Tag: 2018 spm

0 komen

Sila berikan komen anda di sini