Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PROGRAM MINGGU ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 ASRAMA PUTERA SESI 2020

Satu Program Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 Aspura telah berjaya dilaksanakan selama 3 hari bermula dari 10hb hingga 13hb Januari 2020 yang lalu. Program ini telah dikawal selia oleh Warden dan AJK Asrama sesi 2020.
  
Objektif program ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim diantara penghun asrama dan warden. Selain itu ia juga dapat mewujudkan kerjasama di antara penghuni serta dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.
 
Aktiviti yang dijalankan antaranya ialah eksplorace, muhasabah diri, qiamullail, futsal dan sukaneka serta majlis penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang penghuni asrama 2019. Semoga program ini dapat memberi manfaat yang terbaik untuk anak-anak pelajar.

Tag: 2020 Orientasi

0 komen

Sila berikan komen anda di sini