Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

KEJOHANAN CATUR MSSD TEMERLOH TAHUN 2018

SMAKT – Tahniah diucapkan kepada Nurdayana Binti Mohd Rizal di atas kejayaan beliau selepas memperoleh kejayaan tempat ke-8 di antara 10 pemenang dibawah kategori 18 tahun dalam Kejohanan Catur MSSD Temerloh Tahun 2018 bawah 12, 15 dan 18 tahun. Seramai 10 orang peserta dari SMAKT telah menyertai kejohanan tersebut. Tahniah juga diucapkan kepada guru pembimbing iaitu Ustazah Haslina Binti Alias di atas kejayaan ini.

Seramai 450 orang peserta yang terdiri dari 20 buah sekolah rendah dan 24 buah dari sekolah menengah telah menyertai kejohanan ini. Bagi SMAKT dan Madrasah Tarbiyah Islamiah Kg Chatin pula, ini merupakan tahun pertama penyertaan peserta ke kejohanan catur MSSD.

Kejohan ini telah diadakan pada 10 hingga 12 April 2018 dan bertempat di Dewan Panglima Perang Weh, SMK Datuk Bahaman Lancang. Majlis perasmian penutup telahpun disempurnakan oleh Ketua Pegawai Pelajaran Daerah Temerloh.


Berikut adalah senarai peserta ke Kejohanan Catur MSSD:

Kategori Bawah 15 (Lelaki)
Muhammad Fariz Farhan Bin Azman
Ahmad Harithah Bin Izani

Kategori Bawah 15 (Perempuan)
Atina Naziehah Binti Sha'ari

Kategori Bawah 18 (Lelaki)
Amir Bin Mohd Zohri
Muhammad Nazmi Bin M. Yusri
Nabil Adib Bin Zulkarnain
Syazuwan Bin Kamarruddin

Kategori Bawah 18 (Perempuan)
Nurdayana Binti Mohd Rizal
Nurin IffahBinti Muhammad Nazri
Nabihah Binti Mohammad Nasir


“Catur Mengasah Minda Fokus & Kritis”.

Tag: 2018 MSSD

0 komen

Sila berikan komen anda di sini