Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PERTANDINGAN MEMANAH SEMPENA MAAL HIJRAH 1440H

SMAKT -  Pada 17 September 2018 (Isnin), Kelab Memanah SMAKT dengan kerjasama Qiefah Archery Mentakab telah berjaya  menganjurkan Pertandingan Memanah Sempena Maal Hijrah 1440H bertempat di Dataran Al-Muttaqin. 

Pertandingan ini telah disertai oleh guru-guru dan juga ahli kelab memanah. Sebanyak 4 kategori telah dipertandingkan iaitu kategori guru terbuka, berkumpulan, individu dan AJK Kelab. Pertandingan telah bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada 1.00 tengahari.

Menurut Ustazah Zamila binti Aziz selaku guru penasihat, “Objektif utama pertandingan ini diadakan adalah bertujuan untuk menjalinkan ikatan ukhuwah yang erat antara guru-guru dan para pelajar serta dapat menerapkan nilai semangat bersaing secara sihat, berkeyakinan dan fokus terhadap apa jua yang dilakukan oleh mereka”. 

Tag: 2018 Kelab Memanah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini