Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PENGAGIHAN SUMBANGAN WANG ZAKAT DARI MUIP

SMAKT, 19 Oktober 2020 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh telah menyampaikan agihan sumbangan bantuan wang zakat kepada para pelajar SMAKT. Seramai 1,029 orang pelajar telah menerima bantuan tesebut. Pengagihan sumbangan wang zakat ini telah disampaikan oleh Pegawai dari Pusat Zakat Temerloh di kelas masing-masing. Mereka telah diiring oleh Cikgu Khairul Azhar Bin Abd Majid (Blok A),  Ustaz Abdul Hakam Bin Mohamed Tarmizi (Blok B), Ustaz Firdaus Bin Saad (Blok C & D) dan Ustaz Khairul Hakimi Bin Mod Rosli (Blok F). Semoga dengan bantuan ini dapatlah dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh para pelajar.

Tag: 2020 SUMBANGAN ZAKAT

0 komen

Sila berikan komen anda di sini