Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

BENGKEL PEMANTAPAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 5

6 Julai 2019 (Sabtu) bersamaan 3 Zulkaedah 1440H: Panitia Bahasa Melayu telah berjaya menganjurkan Bengkel Pemantapan Bahasa Melayu kepada 174 orang pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki SPM pada tahun ini. Bengkel ini telah diadakan di Dewan Al-Abqari SMAKT. Cikgu Ahmad Nizar bin Kamarudin dari Sekolah Menengah Hwa Lian Mentakab merupakan penceramah jemputan untuk bengkel ini.

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk membantu para pelajar dalam menguasai teknik penulisan karangan dan juga untuk memastikan pelajar tahu target bagi mata pelajaran bahasa melayu SPM. Aktiviti yang dijalankan antaranya ialah membina pendahuluan karangan yang baik.

Turut hadir pada hari tersebut ialah Cikgu Sarimah bt Abd Halim dan Cikgu Nurul Shahida bt Ahmad Najid selaku guru mata pelajaran bahasa melayu tingkatan 5.

Tag: 2019 spm

0 komen

Sila berikan komen anda di sini