Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

TAKLIMAT SUNTIKAN PELALIAN HPV TINGKATAN 1 SESI 2020

Satu taklimat mengenai suntikan pelalian HPV kepada pelajar perempuan  tingkatan 1 telah berjaya dilaksanakan di Dewan Al-Abqori SMAKT pada 7 Januari yang lalu. Taklimat ini telah disampaikan oleh Ketua Jururawat iaitu Puan Rosalinda dari Pejabat Kesihatan Temerloh.
 
 Taklimat HPV ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar perempuan tentang bahayanya kanser rahim dan pentingnya pencegahan dari awal iaitu melalui suntikan HPV. Taklimat tersebut telah bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 9.30 pagi. Semoga semua pelajar beroleh manfaat hasil dari taklimat tersebut.
 

Tag: 2020 kesihatan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini