Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAJLIS RESTU ILMU 2017

5 Oktober 2017, Khamis: Satu Majlis Restu Ilmu telah dilaksanakan dengan jayanya di Dataran Al-Muttaqin SMAKT. Majlis seumpama ini mampu memberi kekuatan kepada para pelajar untuk menghadapi peperiksaan disamping mendapat sokongan yang berterusan dari pihak sekolah. 

Majlis berjalan dalam suasana yang tenang dan dimulai dengan bacaan yasin beramai-ramai. Kemudian disusuli dengan ucapan perasmian oleh Al-Fadhil Tuan Qadhi Daerah Temerloh iaitu Ybhg Tuan Haji Abdul Aziz Bin Abdul Karim. Selepas itu, Cikgu Sofian Bin Sulaiman yang mewakili guru-guru SMAKT pula menyampaikan ucapan dan amanat terakhir kepada semua pelajar agar lebih bertenang dan bersedia dari segi fizikal dan mental ketika peperiksaan sedang berlangsung nanti. Apa yang diharapkan semoga semua pelajar akan memperolehi keputusan yang cemerlang. 

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Syed Badrillah Bin Syed Mohamad. Sebelum majlis berakhir semua pelajar beratur mengambil giliran untuk memohon restu daripada semua guru dengan bersalaman dan bermaaf-maafan.

” Doa restu guru-guru dan ibu bapa mengiringi perjuanganmu”.


Tag: smakt Majlis Restu Ilmu Aktiviti

0 komen

Sila berikan komen anda di sini