
CERAMAH KESIHATAN PERGIGIAN
SMAKT / 27 OGOS 2024 / SELASA / 22 SAFAR 1446H
Satu ceramah berkaitan kesihatan pergigian telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Isnin bertarikh 26 Ogos 2024. Ceramah ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pelajar-pelajar pentingnya penjagaan gigi supaya ia dapat berfungsi sepanjang hayat. Ceramah ini telah disampaikan oleh Dr. Junaidah bt Mahmud dan Dr. Esther Kok Sook Kuan dari Klinik Pergigian Temerloh.
0 komen