Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN STAM 2018

Seramai 47 orang calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dari SMAKT mengaminkan bacaan doa di hari ketiga menduduki peperiksaan agar mereka semua dipermudahkan Allah untuk menjawab soalan dengan cemerlang, serta dikurniakan kefahaman para nabi, hafalan para rasul dan ilham para malaikat. Peperiksaan STAM 2018 telah berlangsung pada 16 Oktober yang lalu dan akan berakhir pada 23 Oktober 2018 nanti.

Ya Allah. alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anak didik kami agar mereka dapat menjawab dengan baik. 
Ya Allah, kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda anak didik kami kerana Kau Maha Menampakkan.
Ya Allah, bukakanlah minda anak didik kami seluas langit dan bumi agar mereka nampak segala jawapan yang betul. 

Aamiin Ya Rabbal A’lamin..

Tag: 2018 stam

0 komen

Sila berikan komen anda di sini