MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2018
SMAKT - Sambutan hari guru SMAKT telah berjaya diadakan di Dataran Al-Muttaqin pada hari Rabu, 16 Mei 2018 yang lalu. Tema hari guru pada tahun ini ialah “Guru Pemacu Transformasi Pendidikan”. Majlis disambut secara sederhana pada tahun ini bagi menghormati kedatangan bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Namun begitu, majlis tetap disambut meriah dengan kehadiran semua guru-guru SMAKT di Dataran.
Majlis dimulai dengan acara perhimpunan pagi seperti biasa, kemudian disusuli dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Firdaus Bin Mohd Azmy. Acara majlis diteruskan lagi dengan menjemput Ustaz Syed Badrillah Bin Syed Mohamad bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk Di Ambang Ramadhan. Selepas itu, ucapan dari ketua pelajar iaitu Mohd Aiman Bin Azmi pula mengambil alih dan disusuli dengan ucapan dari tuan pengetua iaitu Ustaz Zaidi Bin Ismail, sekaligus telah merasmikan majlis hari guru pada tahun ini.
Majlis diserikan lagi dengan persembahan khas dari guru iaitu bacaan ikrar dan nyayian lagu Guru Malaysia, serta persembahan bacaan sajak dan nasyid dari pelajar. Majlis telah bersurai pada pukul 9.00am dengan acara terakhir iaitu jamuan bersama pelajar di kantin sekolah.
Acara gotong-royong perdana pula menyusul selepas semua warga SMAKT menikmati jamuan tersebut. Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis tersebut.
Jadilah seorang guru yang ….
Acara gotong-royong perdana pula menyusul selepas semua warga SMAKT menikmati jamuan tersebut. Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis tersebut.
Jadilah seorang guru yang ….
Hadirnya ditunggu
Hilangnya dirindu,
Ilmunya diburu,
Nasihatnya diseru,
Tingkahlakunya ditiru.
SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA WARGA PENDIDIK DI MALAYSIA
0 komen