Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

HARI TERBUKA PERPUSTAKAAN 2019

Seramai 30 orang pelajar dari kelas 4 Ibnu Rush beserta 2 orang guru pengiring telah berpeluang menyertai aktiviti di Hari Terbuka Perpustakaan 2019. Program ini telah diadakan pada 23 Julai 2019 (Selasa) bertempat di Perpustakaan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang Darul Makmur. 

Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan, menanamkan minat, kesedaran, peluang serta kefahaman kepada pelajar untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang kerjaya selain daripada doktor dihospital yang merupakan tulang belakang dalam menggerakkan sesebuah organisasi hospital. Selain itu program ini juga dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam mencapai kerjaya pilihan.
 
Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan antaranya pertandingan mewarna kanak-kanak, ceramah program kerjaya dan cabutan bertuah.

Tag: 2019 Aktiviti

0 komen

Sila berikan komen anda di sini