Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

KELAS INTENSIF MATA PELAJARAN MANTIQ UNTUK TINGKATAN 4

Kelas Intensif Tingkatan 4 bagi mata pelajaran Mantiq telah berjaya dilaksanakan di Dewan Al-Abqari pada 22 Jun 2019 (Sabtu) yang lalu. Kelas intensif ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Abdul Muez bin Ahmad dari Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah, Pekan Pahang  SMATAF. 

Objektif utama program ini adalah untuk memantapkan lagi penguasaan mata pelajaran mantiq di kalangan pelajar. Aktiviti yang telah dijalankan antaranya ialah peta minda, modul dan penggunaan kata kunci bagi setiap tajuk. 

Ustazah Zaliha bt Sahak @ Ishak dan Ustazah Nur Adawiah Rabiatul bt Abd Jamal selaku guru mata pelajaran mantiq turut hadir di seminar tersebut. 

Tag: 2019 SMA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini