Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

KARNIVAL SUKAN SMAKT 2017

10 Feb 2017, Jumaat:Alhamdulillah secara rasminya Karnival Sukan dan Ilmiah diperingkat sekolah bagi tahun 2017 telah berjaya melabuhkan tirainya dengan sempurna. Setiap tahun sekolah-sekolah Menengah Agama Peringkat Negeri Pahang akan mengadakan sukan MASISUPA. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memilih peserta-peserta yang akan mewakili sekolah ke MASISUPA ZON 3 2017 yang akan berlangsung di SMA Chenor pada 1 hingga 5 Mac 2017. Pertandingan tersebut telah bermula dari tarikh 24 Januari hingga 10 Februari 2017. Pelbagai rintangan dan halangan yang datang tidak pernah mematahkan semangat para pelajar untuk menunjukkan bakat serta kebolehan yang mereka perolehi. 
 
Diatas faktor cuaca yang tidak mengizinkan, acara sukan terpaksa diadakan secara “Indoor” sahaja demi menjaga keselamatan para pelajar. Antara acara yang dipertandingkan ialah sepak raga, timbang takraw, rebut kerusi, ping pong dan gula-gula dalam tepung. Kemuncak bagi acara sukan kali ini ialah Larian Khairiah yang diadakan pada keesokan harinya iaitu 25 Januari 2017, hari Rabu. Jelas terpancar kegembiraan dan keterujaan diwajah para pelajar kerana acara ini julung-julung kali diadakan. 
 
Bagi kategori Ilmiah, antara acara yang dipertandingkan ialah Syarahan Bahasa Melayu, Syarahan Bahasa Inggeris, Syarahan Bahasa Arab, Khutbah, Kupasan Hadith, Tafsir Al-Quran dan Tilawah Al-Quran. Bagi acara Ilmiah ini, ia telah diadakan pada 10 Feb 2017, hari Jumaat. Semua acara yang telah dipertandingkan telah diwakili oleh pelajar-pelajar mengikut rumah sukan masing-masing iaitu Rumah Biru, Kuning, Hijau dan Merah
 
Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada semua pemenang bagi menghargai semangat kesukanan yang telah di tunjukkan oleh para pelajar seterusnya untuk guru-guru pembimbing rumah sukan. Terima kasih juga buat Tuan Pengetua Ustaz Mohamed Anuar Bin Haji Abdul Rahman, barisan-barisan GPK, guru-guru seterusnya pelajar-pelajar diatas kerjasama yang ditunjukkan bagi menjayakan majlis ini. Majulah sukan untuk negara. 

Tag: Kokurikulum smakt Sukan Dan Ilmiah Aktiviti

0 komen

Sila berikan komen anda di sini