Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

LADAP INTEGRITI DAN TANGGUNGJAWAB PENJAWAT AWAM

SMAKT – Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) bagi guru-guru dan kakitangan sekolah ini telah berjaya diadakan pada 29 Ogos 2018 (Rabu) yang lalu bertempat di Dewan Al-Abqori. Penceramah jemputan didatangkang khas dari  Pejabat SUK Negeri Pahang iaitu  En. Mahazan bin Ismail yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Tadbir Bahagian Integriti. 

Tajuk kursus yang dibawa pada kali ini ialah Integriti Dan Tanggungjawab Penjawat Awam. Pengisian LADAP kali ini lebih menjurus kepada meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman mengenai komitmen dan peranan penjawat awam dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab mengikut agama, undang-undang dan peraturan tanpa mengambil kesempatan untuk faedah atau kepentingan diri. Semoga segala input yang telah diberikan akan memberi manfaat pada semua agar dapat membentuk kecemerlangan diri dan organisasi.

Tag: 2018 ladap smakt

0 komen

Sila berikan komen anda di sini