Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSD TEMERLOH 2018

SMAKT – Tahniah diucapkan kepada pasukan takraw Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah (SMAKT) kerana telah muncul sebagai Naib Johan di Pertandingan Sepak Takraw, MSSD Temerloh 2018 kategori bawah 18 tahun. Manakala Johan pula telah dimenangi oleh Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh (ABS). 

Pertandingan ini telah berlangsung di Dewan Badminton, Gudang Beras Temerloh. Ia telah diadakan selama tiga hari berturut-turut bermula dari 6 hingga 8 Februari 2018.

Tahniah juga diucapkan kepada guru pengiring pasukan iaitu Cikgu Saiful Faizal Bin Karim dan cikgu Izani Bin Daud kerana telah berjaya melatih dan membimbing mereka sehingga ke tahap ini. Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan pasukan takraw SMAKT.

Tag: 2018 smakt MSSD Sepak Takraw Kokurikulum

0 komen

Sila berikan komen anda di sini