TAKLIMAT KERJA KURSUS SEJARAH PT3 2018
SMAKT - Satu taklimat Kerja Kursus Sejarah kepada calon PT3 tahun 2018 telah berjaya diadakan pada 25 April 2018 (Rabu) yang lalu di Dewan Al-abqori SMAKT. Ustaz Ahmad Kasyafi Bin Saleh selaku guru matapelajaran Sejarah telah ditugaskan untuk menyampaikan taklimat tersebut.
Intipati di dalam taklimat tersebut antaranya ialah semua pelajar tingkatan 3 dikehendaki melaksanakan tugasan kerja kursus Sejarah mengikut tajuk yang diberi dalam tempoh yang ditetapkan dengan teliti selain perlu menghuraikan, menganalisis dan menghubungkait aspek yang berkaitan. Hasil kerja yang terbaik mestilah mengandungi serta menepati beberapa perkara antaranya objektif, kaedah, tajuk kajian, nama penulis dan kandungan selain selaras dengan kehendak soalan/ tugasan.
Selain itu, perlulah kreatif, tersusun dan olahan yang menarik diperlukan untuk menghasilkan sebuah kerja kursus yang bermutu tinggi untuk mendapat markah yang baik. Calon PT3 perlulah jujur dengan memastikan ketulenan tugasan dan tidak memplagiat dengan mengambil atau meniru tugasan (hasil kerja) daripada mana-mana pihak selain perlu melengkapkan borang akuan pengesahan ketulenan tugasan yang diberikan.
Apa yang diharapkan agar semua pelajar dapat melakukan kerja kursus yang terbaik hasil dari bimbingan dan tunjuk ajar dari guru-guru.
0 komen