Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

KEM KECEMERLANGAN SPM MATAPELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN BIL 2/2024

SMAKT, SELASA / 09 JULAI 2024 / 03 MUHARAM 1446H.

Program Kem Kecemerlangan SPM Matapelajaran Matematik Tambahan SMAN telah diadakan dengan jayanya di Dewan SMA Al-Wosto, Temerloh pada 22 hingga 23 Jun 2024 yang lalu. Seramai 46 orang peserta dari SMA Al-Khairiah terpilih untuk menyertai program ini. 

Kem ini diurussetiakan oleh Bahagian Pendidikan JAIP dengan kerjasama  Panitia Matematik Tambahan SMAN. En. Mohd.Rizal bin Zainal Abidin dari SMA Al Wosto merupakan penceramah jemputan dan beliau adalah Guru Cemerlang Matematik Tambahan. Kem ini juga telah dibantu oleh guru-guru Matematik tambahan SMAN.

Objektif kem adalah ini untuk membantu dan memastikan pelajar dapat menguasai dengan sebaik mungkin kaedah dan teknik yang terbaik, di samping memberi nilai tambah dalam pedagogi guru-guru untuk menyampaikan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berkesan dan proaktif.

Tag: 2024 spm

0 komen

Sila berikan komen anda di sini