TAKLIMAT PEMILIHAN ALIRAN DI TINGKATAN 4
4 Januari 2018, Khamis : Satu taklimat yang bertajuk Modul Pemilihan Aliran Di Tingkatan 4 telah pun diadakan khusus untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 SMAKT. Taklimat ini adalah di bawah Penyelarasan Unit Bimbingan Kaunseling SMAKT.
Seramai 182 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 4 telah menyertai taklimat tersebut. Terdapat 6 kelas yang berlainan aliran telah di sediakan di SMAKT iaitu Teras 1, perniagaan, ekonomi, Teras 2, perakaunan dan sains tulen.
Ianya diadakan...
TEMUDUGA KEMASUKAN TAHFIZ TINGKATAN 1
4 Januari 2018, Khamis : Sesi temuduga kemasukan ke kelas tahfiz telahpun diadakan dengan jayanya. Seramai 69 orang pelajar yang berminat dalam bidang penghafalan ayat Al-Quran telah hadir ke Bilik Media 2 untuk menghadiri temuduga tersebut. Terdapat 2 surah wajib yang perlu dihafal oleh pelajar-pelajar semasa sesi temuduga. Surahnya terdiri dari surah As-sajadah dan surah Luqman. Temuduga pada tahun ini telah dihakimi oleh 5 orang guru yang terdiri daripada guru-guru tahfiz dan juga...
HARI ORIENTASI TINGKATAN 1 2018
2 Januari 2018, Selasa: Hari Orientasi Tingkatan Satu sesi 2018 telah berjaya diadakan selama 2 hari bermula dari 2 sehingga 3 Januari. Seramai 252 orang pelajar telah menyertai orientasi pada kali ini.
Hari Orientasi ini diadakan bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar menghadapi perubahan hari pertama di dalam keadaan transisi dari pendidikan sekolah rendah ke pendidikan sekolah menengah. Ia juga bertujuan untuk menyesuaikan pelajar-pelajar dengan persekitaran, guru- guru dan kawan...
PENDAFTARAN PERSEKOLAHAN TINGKATAN 2 HINGGA 5 SESI 2018
2 Januari 2017, Selasa : Pendaftaran Pelajar Tingkatan 2 hingga 5 untuk tahun persekolahan sesi 2018 telah berjaya dilaksanakan pada hari pertama persekolahan semalam.
Pendaftaran pelajar tingkatan 2 telah diadakan di Dewan Al-Abqori SMAKT. Sebanyak 4 kaunter telah dibuka dan beroperasi secara atas talian (online) sepenuhnya yang mana ia telah dikendalikan oleh guru kelas.
Manakala tingkatan 3 hingga 5 pula pendaftaran telah dilakukan secara manual dengan guru kelas didalam kelas...
Manakala tingkatan 3 hingga 5 pula pendaftaran telah dilakukan secara manual dengan guru kelas didalam kelas...