Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

SELAMAT DATANG KE HARI PENDAFTARAN TINGKATAN 1 SESI 2021

Alhamdulillah, pendaftaran untuk pelajar Tingkatan 1 sesi 2021 telah pun berjaya dilaksanakan pada hari Khamis bertarikh 14 Januari 2021 di Dewan Al-Abqori SMAKT mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh KKM. Seramai 173 orang pelajar telah mendaftar ke tingkatan 1 di SMAKT untuk sesi persekolahan tahun 2021.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan penjaga yang telah mendaftarkan anak mereka di SMAKT. Tahniah juga diucapkan kepada semua guru dan kakitangan yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi memastikan pendaftaran ini berjalan lancar seperti yang dirancang. 

Pendaftaran telah bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 1.00 tengahari. 
 
#Kita jaga kita
 

Tag: 2021 Pendaftaran

0 komen

Sila berikan komen anda di sini