Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

(Diselia Oleh: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang JAIP)

Papar Artikel

SALAM MAAL HIJRAH 1443H

Seluruh warga JAIP mengucapkan selamat menyambut tahun baru hijrah 1443H. Semoga dengan ketibaan tahun baru hijrah ini, kita sama-sama dapat berubah ke arah kehidupan yang lebih baik beserta azam yang baru. Sama-sama memperbaiki kesilapan dan kekhilafan yang lalu supaya kehidupan kita diberkati Allah SWT. 
    Musibah Covid-19 yang melanda seluruh dunia merupakan ujian dan bala dari Allah kerana terlalu banyak dosa dan kemaksiatan berlaku atas muka bumi ini. Satu teguran dari...

Tag: Ma'al Hijrah 1443

Papar Artikel

BANTUAN PRIHATIN

Bantuan prihatin kerajaan negeri Pahang kepada pengusaha dewan makan dan kantin SMAN Pahang telah disalurkan. Satu majlis ringkas atas talian telah diadakan pada 5 Ogos 2021. Satu taklimat ringkas mengenai persijilan halal turut diselitkan dalam program ini. Taklimat telah disampaikan oleh Ust Adnan bin Mamat, KPP Bahagian Halal JAIP. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang.
   ...

Tag: BANTUAN PRIHATIN

Papar Artikel

MOTIVASI PELAJAR LEPASAN SPM DAN STAM

Bahagian Pendidikan JAIP telah mengadakan  program motivasi bagi pelajar lepasan STAM secara atas talian. Program bermula jam 8.30 pagi dengan slot ceramah motivasi bertajuk 'Detik Ini Satu Erti Kehidupan' yang disampaikan oleh ust Ahmad Syukri bin Sodin Pengetua SMA Al-Attas..
   Program bersambung dengan slot 'Bicara Padang Sahara' yang membawakan lintas langsung dari pelajar Universiti Al-Azhar Mesir. Majlis turut diserikan dengan Tausiah Khas yang disampaikan  YB Dato'...

Tag: MOTIVASI PELAJAR SPM DAN STAM

Papar Artikel

PENYERAHAN SAGUHATI PELAJAR KE UNIVERSITI AL-AZHAR MESIR

Satu majlis ringkas penyerahan saguhati kepada pelajar lepasan STAM dari SMAN Pahang yang akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir telah diadakan di Kompleks Yayasan Pahang pada 2 Ogos 2021. Majlis penyampaian sumbangan ini telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Pahang yang turut dihadiri oleh YB Exco Agama dan Pendidikan, Pengarah JAIP dan CEO Yayasan Pahang.
    Majlis ringkas yang diadakan secara 'Drive Thru' ini menyaksikan semua pelajar menerima wang tunai...

Tag: SAGUHATI PELAJAR KE MESIR