SARINGAN PESERTA MASISUPA 2018
SMAKT - Saringan peserta ilmiah dan sukan untuk ke perlawanan di MASISUPA peringkat Zon kali ke-34 sedang giat dijalankan. Bagi acara ilmiah saringan peserta telah pun diadakan pada 24 Januari yang lalu. Manakala bagi acara sukan pula saringan peserta sedang giat dijalankan pada minggu ini. MASISUPA peringkat Zon 3 akan diadakan di Sekolah Menengah Agama Al-Wosto pada pertengahan bulan Mac 2018.
SEMINAR PENULISAN RESUME DAN TATACARA UNTUK MENGHADIRI TEMUDUGA
SMAKT- 31 Januari 2018
Unit Bimbingan Dan Runding Cara telah menganjurkan satu seminar yang bertajuk Penulisan Resume Dan Tatacara Untuk Menghadiri Temuduga. Sasaran tertumpu kepada 173 orang pelajar dari tingkatan 5 sahaja. Seawal jam 8.00 pagi para pelajar sudah pun memenuhi Dewan Al-Abqori.
Seminar ini telah disampaikan oleh penceramah yang dijemput khas dari University Management And Science (MSU) iaitu En. Norsham Bin Umar. Beliau merupakan salah seorang Pensyarah di university...
KURSUS VOKAL DAN PERCUSSION
SMAKT – Ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang seni juga merupakan satu kelebihan kepada pelajar. Kelebihan ini boleh membantu para pelajar untuk menceburi dalam bidang seni sebagai satu hobi mahupun sebagai kerjaya di masa hadapan. Apa yang lebih utama adalah seni merupakan satu wadah dan pemangkin kepada dakwah islam.
Oleh yang demikian, Kelab Kesenian Dan Kebudayaan SMAKT telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan satu kursus yang berkaitan dengan vocal dan percussion. Penceramah...
JASAMU DIKENANG, BUDIMU DISANJUNG
SMAKT - Jumaat, 26 Januari 2018
~ Majlis Pertukaran Cikgu Norhayati Binti Sulaiman~
Sesungguhnya tiada siapa yang menyangka bahawa beliau akan pergi setelah sekian lama mencurahkan bakti di sini. Tidak terluah dengan kata-kata betapa sedihnya perasaan kami kerana telah kehilangan seorang guru yang sangat dedikasi terhadap tugasnya.
~ Majlis Pertukaran Cikgu Norhayati Binti Sulaiman~
Sesungguhnya tiada siapa yang menyangka bahawa beliau akan pergi setelah sekian lama mencurahkan bakti di sini. Tidak terluah dengan kata-kata betapa sedihnya perasaan kami kerana telah kehilangan seorang guru yang sangat dedikasi terhadap tugasnya.
Pengorbanan dan jasa beliau kepada sekolah tidak ternilai harganya. Beliau telah banyak membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada anak didik SMAKT...
