Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

KARNIVAL AWAL MUHARRAM PERINGKAT ASRAMA TAHUN 2019

Tahniah diucapkan kepada Unit Ibadah Asrama diatas kejayaan menganjurkan satu Karnival Awal Muharram di Peringkat Asrama 1441H. Karnival ini telah dijalankan selama dua hari bermula dari 1 hingga 2 September 2019. Ia merupakan salah satu akriviti yang telah dirancang di dalam takwim asrama bagi sesi 2019. Karnival ini telah dilaksanakan di sekitar kawasan asrama dan dataran SMAKT.
 
Tujuan utama karnival ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pelajar bersama warden. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mencungkil bakat para penghuni asrama melalui aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan. Ustaz Badrul Hisham bin Abdul Aziz telah berbesar hati untuk menyampaikan hadiah kepada semua peserta yang telah memenangi acara yang dipertandingkan.
  
Aktiviti yang telah dijalankan antaranya :
  • Bola tampar
  • Bola jaring
  • Khutbah terbuka (L)
  • Hafazan lelaki dan perempuan terbuka
  • Mewarna terbuka lelaki dan perempuan
  • Fesyen muslimah

Tag: 2019 Aktiviti Asrama

0 komen

Sila berikan komen anda di sini