Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PENDAFTARAN PELAJAR ASRAMA SESI 2018

1 Januari 2018, Isnin: Sesi pendaftaran dan bayaran bagi pelajar-pelajar yang terpilih untuk menduduki  asrama bagi tingkatan dua, tiga dan lima untuk tahun 2018 telah berjaya dilaksanakan di Dewan Al-Abqori SMAKT pada hari ini. 

Seawal jam 9.00 pagi kaunter pendaftaran sudah menerima kehadiran ibu bapa yang ingin membuat pendaftaran dan pembayaran anak mereka, yang mana ianya telah dilakukan secara atas talian (online). Pendaftaran asrama pada hari ini telah berakhir kira-kira jam 2.00 petang.

Manakala pendaftaran bagi pelajar tingkatan 4 tidak dapat dilaksanakan lagi kerana para pelajar belum membuat pilihan aliran yang bersesuaian mengikut keputusan PT3 yang baru mereka perolehi. 

Alhamdulillah semua proses pendaftaran asrama sesi 2018 telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Oleh yang demikian, Ustaz Badrul Hisham bin Abdul Aziz selaku SU Kokurikulum yang juga mewakili pihak sekolah telah mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam pendaftaran ini.

Tag: smakt 2018 Pendaftaran Asrama 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini