Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

JOM BACA INFO MENGENAI PENGERTIAN WARNA PADA BENDERA SMAKT

HIJAU
Islam merupakan agama rasmi. Dalam merealisasikan hasrat Negara untuk melahirkan modal insan dalam masyarakat. Penekanan elemen agama dan ketinggian sahsiah menjadi agenda utama sekolah. Intelektual dan keperibadian luhur bakal melahirkan pelajar yang beriman, berilmu dan bertaqwa.



PUTIH
Melambangkan kesucian, ketulusan dan keikhlasan warga pendidik sekolah di dalam menyemarakkan nilai-nilai mahmudah di dalam diri pelajar. Anak anugerah Ilahi yang tidak ternilai. Setiap anak yang lahir di muka bumi ini dalam keadaan suci bersih (fitrah) dan usaha-usaha di dalam menginsankan manusia bergabung erat antara perpaduan, muafakat ibu bapa dan guru-guru. Dalam menggalas tanggungjawab yang besar ini menjurus kepada keikhlasan hati, kebersihan jiwa dan ketulusan dalam mencapai keberkatan Allah swt dalam mencapai kebahagiaan hidup duniawi dan ukhrawi.



MERAH
Melambangkan kegigihan/ keberanian warga pendidik untuk terus berusaha gigih dalam mendidik pelajar tanpa mengutamakan kepentingan peribadi. Kegigihan dan sikap bantu-membantu warga pendidik sekolah ini menjadi wadah dan kekuatan utama dalam usaha untuk terus melahirkan pelajar yang mempunyai semangat jati diri yang tinggi dan berani dalam mengharungi cabaran globalisasi masa kini berbekalkan kepada konsep keimanan kepada Allah swt. Pelajar akan terus mara kehadapan untuk memakmurkan alam ini dengan semangat juang yang tinggi dan penuh berani dalam menegakkan syiar islam di bumi yang bertuah ini.


LOGO SEKOLAH

Logo sekolah ini diletakkan di tengah-tengah dan ia merupakan ganding padu antara pelajar dan guru dalam memenuhi hasrat sekolah. Ia merupakan tanda arah dalam menuju kearah kecemerlangan ilmu sesuai dengan konsep ILMU SULUH HIDUP.

Keutamaan dan hasrat ini bersesuaian dengan falsafah sekolah dalam usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu dan penghayatan berunsur peradaban Al-Ulum, Al-Funun, An-Nudzu, At-Tarbiah bagi menjadikan mereka yang mendididik itu dapat dicanai rohani, jasmani dan mental Ta’lim, Tamrin, Tarbiah dan Riadah serta membentuk hubungan mesra dengan muta’allim/ ulama’ al-immah bagi mencapai hasanah di dunia dan di akhirat.

Tag: 2018 Bendera SMAKT

0 komen

Sila berikan komen anda di sini