PESTA BUKU ANTARABANGSA, KUALA LUMPUR
SMAKT – 29 April 2018 (Ahad): Sebanyak 6 buah bas yang disewa khas telah membawa pelajar-pelajar dan juga guru pengiring dari Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Temerloh mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 di Bangunan PWTC, Kuala Lumpur. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk menarik minat pelajar-pelajar dalam menjadikan amalan membaca menjadi sebahagian dari gaya hidup serta dapat memberi pendedahan berterusan tentang kepentingan membaca buku kepada para pelajar.
Program lawatan ke pesta buku ini merupakan program yang sentiasa ditunggu-tunggu saban tahun oleh sebahagian besar pelajar-pelajar dari sekolah ini. Ini kerana mereka berpeluang mengunjungi gerai-gerai buku untuk membeli buku idaman yang bukan sahaja menawarkan harga berpatutan, malah memberikan potongan harga yang sangat istimewa. Terdapat pelbagai aktiviti dan program turut disediakan untuk para pengunjung. Antaranya ceramah penulisan, bengkel penerbitan buku, pelancaran buku dan sesi bertemu penulis.
0 komen