Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PROGRAM KELESTARIAN JOM TEROKAI SAINS PT3

SMAKT – Satu Program Kelestarian Jom Terokai Sains PT3 telah berjaya diadakan di Dewan Al-Abqori SMAKT pada hari Rabu, 11 April 2018 yang lalu. Ianya telah bermula seawal jam 2.00 petang dan berakhir jam 3.30 petang. Program ini khas disasarkan kepada 202 orang pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki PT3 pada tahun ini. 

Program Kelestarian Jom Terokai sains ini adalah dibawah anjuran Kardial Global Resources dengan kerjasama dari Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh. Cikgu Kannan dari Kardial Global Resources merupakan penceramah jemputan untuk program ini.

Semoga semua pelajar beroleh manfaat yang sangat berguna untuk diaplikasikan dalam pembelajaran mereka.

Tag: 2018 seminar pt3

0 komen

Sila berikan komen anda di sini