Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PENGUMUMAN RASMI KEPUTUSAN PT3 2018

13 Disember 2018, Khamis :  Keputusan PT3 2018 telahpun diumumkan di seluruh negeri. Seramai 202 orang pelajar tingkatan 3 di sekolah ini telah hadir untuk mengambil keputusan peperiksaan PT3 dengan penuh harapan agar kejayaan menjadi milik mereka sekaligus dapat membanggakan ibu bapa dan nama sekolah.
 
Keputusan PT3 2018 ini dengan rasminya telah mencatatkan seramai 14 orang pelajar  memperoleh keputusan cemerlang dari 11A sehingga 7A. Penyerahan keputusan cemerlang PT3 telah dilakukan oleh YDP PIBG iaitu Encik Hasanuddin bin Salim sambil diiringi Ustaz Zaidi bin Ismail selaku pengetua dan Ustaz Badrul Hisham bin Abdul Aziz selaku GPK Pentadbiran & Kurikulum di sekolah ini. 

Manakala keputusan untuk kesemua pelajar telah diserahkan melalui guru kelas masing-masing bermula jam 11.00 pagi di Lapangan Dewan Utama. Majlis penyerahan keputusan telah berakhir kira-kira jam 1.00 tengahari. Tahniah kepada semua pelajar cemerlang PT3 2018.
  
Berikut adalah senarai pelajar cemerlang PT3 2018:
 
11A
1)    NUR  YASMIN MAISARAH BINTI AHMAD MAHYUDDIN 
2)    ASMA’ BINTI ZURAIMAY 
 
10A
1)    AINA BATRISYIA BINTI AZMAN 
 
9A
1)    WAN AMIRUL SYAHRIL BIN WAN MAZLAN 
 
8A
1)    HARIZ FARHAN BIN HAMIDI 
2)    NURUL NADIAH SYAMILA BINTI MOHD KHAIRULLAH
3)    ANIS AQILAH BINTI MOHD SULAIMAN
4)    NURUL SAQHENQH BINTI MUHAMMAD SAUQI
 
7A
1)    AINUL SYARAFANA BINTI AHMAD NAZARUDDIN
2)    MOHD IQBAL HAZIQ BIN HASRIZAN
3)    SYED FAHIM KAMIL BIN SYED MOHD FAIDZAL
4)    UMMU NABILA BINTI MOHD KHAIRI
5)    MUHAMMAD IRFAN WAFI BIN ZAKI
6)    NURUL AIN BINTI ROZALI

Tag: 2018 pt3

0 komen

Sila berikan komen anda di sini