Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PENYAMPAIAN BANTUAN PENDIDIKAN PELAJAR SMAN 2018

SMAKT – Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan Pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (SMAN) Tahun 2018 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini 9 September 2018 (Jumaat), bertempat di Dataran Al-Muttaqin sekolah ini. Penyampaian duit bantuan ini telah diberi kepada 1058 orang pelajar di SMAKT.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YDH Orang Kaya Indera Pahlawan Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid Bin Haji Wan Hassan SSAP.,SIMP.,DSAP.,SAP.,JSM.,AMP, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang. 

Di majlis ini turut dihadiri oleh YB Dato’ Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad SSAP.,DIMP.,AMP.,AMN selaku Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah Dan Tugas-Tugas KHas Negeri Pahang, Ketua Penolong Pengarah JAIP iaitu Ustaz Abu Bakar Bin Mat Saad, AMP., Tuan Qadhi Daerah Temerloh iaitu Ustaz Aziz Bin Abdul Karim dan YDP PIBG SMAKT iaitu Encik Hasanuddin Bin Salim.

Gimik Penyerahan Mock-Cheque Bantuan Pendidikan Pelajar SMAN yang berjumlah RM961,000.00 dan Tajaan Buku Literasi Bahasa Arab (LBA) Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 SMAN/ SMAR yang berjumlah (RM110,700.00) juga turut disampaikan kepada Tuan Pengarah JAIP iaitu Dato' Haji Mohd Noor Bin Abdul Rani. 

Tag: 2018 smakt Aktiviti

0 komen

Sila berikan komen anda di sini