Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

CERAMAH DISIPLIN 2018

SMAKT – Satu ceramah disiplin telah berjaya diadakan di Dataran Al-Muttaqin bermula pukul 7.30 pagi pada hari Rabu (4 Julai 2018) yang lalu. Ceramah ini telah disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu Inspektor Norazan bt Hj Mat Yusop.

Dalam ceramah ini, para pelajar telah diingatkan tentang peraturan-peraturan sekolah yang perlu diikuti oleh mereka. Para pelajar juga telah diminta untuk merujuk kepada buku disiplin sekolah agar mereka jelas akan segala peraturan dan hukuman jika bersabit kesalahan disiplin.

Dengan adanya ceramah ini, diharapkan para pelajar akan menjadi lebih peka terhadap peraturan-peraturan sekolah. Semoga pelajar-pelajar SMAKT akan lebih berdisiplin demi kecemerlangan diri. 

Tag: 2018 Aktiviti

0 komen

Sila berikan komen anda di sini