Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

BENGKEL KECEMERLANGAN SAINS SPM 2018 (KUMPULAN 1)

SMAKT - Satu Bengkel Kecemerlangan Sains SPM dibawah anjuran Panitia Sains telah diadakan pada 13 Oktober 2018 (Sabtu) yang lalu. Bengkel ini disasarkan kepada 143 orang calon sains teras SPM. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah sebagai persediaan dan pecutan akhir untuk mereka menghadapi peperiksaan SPM nanti. Peserta telah dibahagikan kepada 2 kumpulan bertempat di Dewan Utama dan Bilik Media 2 mengikut keputusan percubaan bagi mata pelajaran sains. 


** Kumpulan 1 sedang tekun mengikuti sesi pembelajaran dari penceramah yang didatangkan khas dari SMK Temerloh Jaya iaitu Cikgu Thalhah bin Alias.

Tag: 2018 spm bengkel

0 komen

Sila berikan komen anda di sini