Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ "KULLU NAFSIN ZAIKATUL MAUT"

"DARI ALLAH KITA DATANG, KEPADA ALLAH KITA KEMBALI"...
 
Janji Allah itu pasti. Kami seluruh warga Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh ingin mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli anggota keluarga Allahyarhamah Puan Zakiah binti Hadi atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Nor yang merupakan salah seorang pekerja di kantin sekolah ini. 

Beliau telah kembali ke rahmatullah pada hari Isnin, bertarikh 3 Disember 2018 bersamaan 25 Rabiul Awal 1440H. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Charuk Puting.
 
Al-Fatihah…  Semoga roh beliau tenang di sana dan sentiasa dicucuri rahmat hendaknya...Amin...

Tag: 2018 perpisahan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini