Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MESYUARAT PENYEDIAAN TAKWIM SEMPENA MINGGU SAINS NEGARA 2018 DI PERINGKAT NEGERI PAHANG

SMAKT – Bahagian Pendidikan JAIP  telahpun mengadakan satu mesyuarat bagi Penyediaan Takwim Sempena Minggu Sains Negara 2018 Di Peringkat Negeri Pahang. Ianya telah diadakan di bilik mesyuarat SMAKT pada hari Selasa, 3 April 2018. Turut hadir di mesyuarat tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah Ust Abu Bakar Bin Mat Saad, Amp dan Penyelia Unit Kurikulum Ust Mazfadillah Bin Mat Dewa.

Mesyuarat tersebut diadakan adalah kerana Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan menganjurkan Minggu Sains Negara pada minggu pertama bulan April setiap tahun di seluruh Negara. 

Sebagai usaha menyokong perlaksanaan Minggu Sains Negara dan pembudayaan STI dilaksanakan di peringkat negeri, Pentadbiran SUK Pahang memohon kerjasama dari pihak Jabatan untuk menyenaraikan program berbentuk STI yang akan diadakan dalam tempoh 1 April sehingga 7 April 2018. Penyediaan takwim aktiviti STI di peringkat negeri  akan dikemukakan kepada MOSTI seterusnya dilaporkan kepada pihak pengurusan tertinggi.

Guru dari SMAKT yang terlibat dengan mesyuarat tersebut ialah:

Ø  Ustazah Hapzan Binti Daud (Pemangku GPK 1)
Ø  Cikgu Rohayu Binti Esa @ Noh( Ketua Panitia Sains)
Ø  Cikgu Izani Bin Daud (Ketua Bidang) 

Tag: 2018 Minggu Sains

0 komen

Sila berikan komen anda di sini