Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH TAHUN 2025

SMAKT / 11 MAC 2025 / SELASA / 08 RAMADHAN 1446H

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah telah dilaksanakan dengan jayanya di Dataran Al-Muttaqin SMAKT. Majlis tersebut telah diadakan pada hari Isnin bertarikh 10 Mac 2025.  Seramai 87 orang pelajar telah dilantik untuk menggalas jawatan tersebut. Tahniah dan syabas kepada semua barisan kepimpinan pengawas sesi 2025.

Watikah perlantikan telah disampaikan oleh Inspektor Zulkarna binti Che Hussin selaku Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dan Koperal Hasmalinda binti Malek, Penolong Pegawai Perhubungan Sekolah (PPPS). Turut hadir di majlis tersebut ialah Tuan Hassanuddin bin Salim selaku YDP PIBG SMAKT.

Tag: 2025 Watikah Pengawas

0 komen

Sila berikan komen anda di sini