Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH-SEKOLAH (MISS) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) PERINGKAT NEGERI PAHANG 2019

Tahniah diucapkan kepada semua peserta dari SMAKT yang telah berjaya meraih tempat di dalam beberapa acara yang dipertandingkan di Majlis Ihtifal tersebut. Pertandingan ini telah diadakan di SMK Jengka Pusat. Objektif utama pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat pelajar dalam beberapa kemahiran berbahasa Arab, Hafazan Al-Quran Dan Pendidikan Islam. 

Acara yang telah dipertandingkan ialah Kuiz Bahasa Arab, Hiwar dan Kalimah Sobah. Guru yang mengiringi peserta ke Majlis Ihtifal ialah Ustazah Yusra Ilyani bt Faridzul Izan, Ustazah Aisyah Atiqah bt Azieh dan Ustazah Husna Afiqah bt Izani. 

Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang juga guru pembimbing yang terlibat dalam MIISS 2019. Para pemenang akan mewakili Negeri Pahang ke peringkat Kebangsaan di SMKA Kedah, Alor Setar.

Keputusan rasmi bagi peserta SMAKT:
Kalimah Sobah 
= Johan (Ahmad Zulhilmi bin Zaid)

Hiwar 
= Naib Johan (Alif Imran b Ruzelan, Irfan Wafi bin Zaki dan Ammer bin Suhaimi)

Quiz Bahasa Arab 
=Johan (Asma’ binti Zuraimay)
=Tempat Ke-3 (Nurul Ain binti Rozali)
 

Tag: 2019 Aktiviti

0 komen

Sila berikan komen anda di sini