Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

CERAMAH KESIHATAN REMAJA

9 Julai 2019 (Selasa) bersamaan 6 Zulkaedah 1440H: Satu Ceramah Kesihatan untuk Remaja telah diadakan di Dewan Al-Abqari SMAKT. Sasaran ceramah ini adalah kepada semua pelajar tingkatan 3 sahaja. 

Ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Doktor Mariah binti Daud. Beliau merupakan Pegawai Perubatan dan Kesihatan, Pasukan Kesihatan Sekolah dari Pusat Kesihatan Daerah Temerloh. Ceramah yang telah disampaikan bertajuk Kesihatan Remaja, Kesihatan Reproduktif dan Seksual Remaja.

Tujuan ceramah ini diadakan antaranya ialah untuk meningkatkan tahap pengetahuan pelajar mengenai  kesihatan remaja dari aspek fizikal, mental dan sosial serta dapat menyemai nilai-nilai murni terhadap perkembangan kesihatan diri dan sosial pelajar.

Tag: 2019 Aktiviti

0 komen

Sila berikan komen anda di sini