PROGRAM TATACARA MENGHADIRI TEMUDUGA DAN MEMBUAT RESUME
Pada 17 Julai 2019 (Rabu) yang lalu, Unit bimbingan dan kaunseling SMAKT telah berjaya menganjurkan satu Program Tatacara Menghadiri Temuduga dan Cara Membuat Resume. Program ini telah disampaikan oleh wakil pihak dari MSU.
Objektif utama program ini adalah untuk membantu pelajar membuat persediaan untuk menghadapi temuduga. Aktiviti yang telah dijalankan antaranya bengkel resume, ceramah temuduga dan imej.
Penceramah untuk program ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan yang didatangkan khas dari Management Science University (MSU) iaitu Encik Mohd Hairy bin Manap.
0 komen