
MAJLIS PELANCARAN 4K 2025
SMAKT / 24 MAC 2025 / ISNIN / 23 RAMADHAN 1446H
Majlis Pelancaran 4k 2025 telahpun dirasmikan oleh oleh Dr. Haji Saliturahim Bin Alias selaku tuan Pengetua SMAKT pada 17 Mac yang lalu.di Dataran Al-Muttaqin.
Matlamat utama Program 4K adalah untuk menjadikan SMAN sebagai institusi pendidikan agama Islam yang mampu menterjemahkan keindahan Islam melalui program 4K (Kebersihan, Keceriaan, Keselamatan, Kerohanian)
Objektif program 4K diadakan ialah :
1. Menjadikan keadaan fizikal kawasan sekolah dan asrama sentiasa bersih.
2. Menjadikan keadaan fizikal kawasan sekolah dan asrama ceria dan menarik.
3. Memastikan aspek-aspek keselamatan dipatuhi oleh para pelajar dan semua warga sekolah.
4. Memastikan program kerohanian dijalankan dengan tersusun dan berstruktur bagi melahirkan para pelajar yang memiliki sahsiah yang unggul dan memenuhi keperluan masyarakat dan negara.
0 komen