Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PERASMIAN MINGGU PENGENALAN ORGANISASI DAKWAH 2018

SMAKT - Badan Dakwah dan Ibadah (BADIB) SMA Al-Khairiah 2018 dengan jayanya telah mengadakan Perasmian MIPOD 2018 di Dataran Al-Muttaqin pada 27 Februari (Selasa) yang lalu. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ustazah Siti Rahmah Binti Haji Watak selaku GPK HEM SMAKT. 

Di sebelah malamnya pula, pihak BADIB telah menganjurkan sesi ceramah motivasi dan telah menjemput penceramah hebat iaitu PU Azman, yang mana beliau adalah merupakan Juara Pencetus Ummah Musim Ke-2. Ceramah motivasi ini telah diadakan di Dewan Utama SMAKT.

Apa itu MIPOD? MIPOD adalah singkat bagi Minggu Pengenalan Organisasi Dakwah. Tujuan utama majlis ini diadakan adalah bagi memperkenalkan organisasi baru BADIB bagi sesi 2018.  Disamping itu, ia juga bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan ukhwah antara BADIB dengan guru-guru, kakitangan dan para pelajar SMAKT. 

Tag: 2018 BADIB

0 komen

Sila berikan komen anda di sini