Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2018

14 Disember 2017, Khamis : Seawal jam 8.00 pagi perkarangan SMAKT sudah mula dipenuhi dengan kehadiran ibu bapa dan para pelajar yang telah berjaya semasa temuji yang lalu untuk membuat pendaftaran kemasukan ke tingkatan 1 bagi sesi 2018. 

Sebelum sesi pendaftaran ibu bapa telah diberikan taklimat ringkas berkaitan dengan pelbagai pembayaran yang perlu dibayar bagi proses pendaftaran tersebut. Taklimat ini telah diadakan di Dewan Utama, yang mana ianya telah disampaikan oleh Ustaz Badrul Hisham Bin Abdul Aziz, selaku GPK I SMAKT. Kemudian disusuli pula ucapan daripada YDP PIBG iaitu Encik Hasanuddin Bin Salim. Dalam ucapan tersebut, beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa kerana telah memberi kepercayaan dan memilih SMAKT sebagai sekolah pilihan untuk menghantar anak-anak  dalam menuntut ilmu agama. 

Selesai mendengar taklimat, ibu bapa diminta untuk menuju ke Dewan AL-Abqori bagi sesi pembayaran yuran yang dilakukan secara atas talian (online) yang disertai oleh kira-kira 18 orang guru yang bertugas. Sebanyak 6 kaunter pendaftaran telah dibuka bagi melancarkan lagi perjalanan proses pembayaran tersebut. Seramai 209 orang pelajar telah berjaya mendaftarkan diri ke SMAKT bagi sesi 2018.

Pihak sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu bagi memastikan perjalanan proses pendaftaran pada tahun ini berjalan dengan lancar.
Tahniah kepada semua pihak yang terlibat. 

Tag: smakt Pendaftaran Tingkatan 1 Aktiviti 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini