Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

KELAS INTENSIF TINGKATAN 4 BAGI MATA PELAJARAN ADAB & NUSUS

Kelas Intensif Tingkatan 4 bagi mata pelajaran Adab dan Nusus telah berjaya dilaksanakan di Dewan Utama pada 7 Julai 2019 (Ahad) yang lalu. Seramai 174 orang pelajar dari tingkatan 4 telah menghadiri kelas tersebut. Mereka telah dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kelas intensif ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Naim dari SMA Chenor.
 
Objektif utama program ini adalah untuk memastikan pelajar dapat menghafal bahagian nusus.  Aktiviti penghafalan telah dijalankan pada hari tersebut. Turut hadir Ustaz Abdul Hakam bin Mohamed Termizi selaku guru mata pelajaran Adab dan Nusus bagi tingkatan 4.

Tag: 2019 SMA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini