Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

SELAMAT DATANG KE HARI PENDAFTARAN TINGKATAN 1 SESI 2019

Alhamdulillah, sesi pendaftaran untuk pelajar Tingkatan 1 sesi 2019 telahpun berjaya dilaksanakan pada hari Khamis, bertarikh 13 Disember 2018 di Dewan Al-Abqori SMAKT. Pendaftaran bermula seawal jam 8.00 pagi dan telah berakhir kira-kira jam 1.00 tengahari. Seramai 215 daripada 252 orang pelajar telah mendaftar ke tingkatan 1 di SMAKT untuk sesi 2019.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua ibu bapa dan penjaga yang telah mendaftarkan anak mereka di SMAKT. Tahniah juga diucapkan kepada semua guru dan kakitangan yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi memastikan pendaftaran ini berjalan lancar seperti yang dirancang.

Tag: 2018 Pendaftaran

0 komen

Sila berikan komen anda di sini