Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

KURSUS ASAS DAN KESELAMATAN MEMANAH 2019

Kelab Memanah SMAKT telah berjaya menganjurkan satu Kursus Asas Memanah Dan Keselamatan Memanah kepada ahli-ahli kelab tersebut. Kursus ini telah diadakan pada 23 Jun 2019 (Ahad) yang lalu di Lapangan Sasar Memanah SMAKT. Qiefah Archery Mentakab telah dijemput untuk menyampaikan ceramah kursus memanah ini.

Seramai 60 orang peserta yang terdiri dari tingkatan satu sehingga tingkatan lima telah menyertainya. Kursus ini telah diiringi oleh seorang guru penasihat kelab iaitu Ustazah Zamila Binti Aziz.

Aktiviti yang dijalankan antaranya senaman ringan, taklimat keselamatan ketika memanah, taklimat dan demo cara memanah yang betul, praktikal memanah dan pertandingan memanah serta penyampaian hadiah kepada para pemenang. Tahniah kepada yang berjaya.

Berikut adalah senarai pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan:

Acara berkumpulan
  1. Johan – Kumpulan 5
  2. Naib johan – Kumpulan 6
  3. Ke-3 – Kumpulan 2

Acara perseorangan lelaki
  1. Muhammad Aisy Aiman
  2. Noor Hafiz Zamani
  3. Hafiz Farhan
  4. Mohd Arif
  5. Mohd Nabil 

Acara perseorangan perempuan
  1. Nur Alya Syafiqah 
  2. Rabiatul ‘Adawiyah 
  3. Aida Maisarah
  4. Adani Salikin
  5. Wan Qurratul Aini

Tag: 2019 memanah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini