Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PROGRAM USRAH ASRAMA 2019

Unit Ibadah Asrama telah berjaya menganjurkan Program Usrah Asrama bagi sesi 2019. Program ini telah dilaksanakan selama dua hari bermula dari 20 sehingga 22 September 2019. Program ini disasarkan kepada Exco Asrama dan semua pelajar tingkatan 1 dan 2 yang menghuni asrama sahaja. 

Objektif utama program ini diadakan adalah bertujuan memberi latihan dan pengalaman kepada semua Exco Asrama bagaimana cara untuk mengendalikan sesuatu program. Disamping itu ia juga bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhwah diantara ahli usrah masing-masing.

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya  Kulliah Dhuha, pertandingan nasyid, pencetus ummah dan ustazah pilihan. Ustaz Mohd Firdaus Bin Mohd Azmy turut hadir semasa aktiviti dipertandingkan.

Tag: 2019 Aktiviti

0 komen

Sila berikan komen anda di sini