Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

TEKNIK BELAJAR SECARA BERKESAN

SMAKT – Satu program motivasi untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 telah berjaya diadakan di Dewan Al-Abqori pada 13 Februari 2018 (Selasa) yang lalu. Seramai 203 orang pelajar telah menghadiri motivasi ini memandangkan mereka akan menduduki PT3 pada tahun ini.

Penceramah jemputan untuk program ini ialah Cikgu Nor Afizah binti Razab. Beliau merupakan seorang Kaunselor di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak, Bera Pahang. Teknik Belajar Secara Berkesan merupakan tajuk terpilih bagi motivasi pada kali ini. 

Tajuk ini sangat bersesuaian kepada semua pelajar kerana mereka telah didedahkan dengan beberapa teknik yang perlu dilakukan bagi memastikan apa yang telah dipelajari di sekolah dapat dikuasai agar lebih bersedia ketika menghadapi peperiksaan yang akan datang. Semoga apa yang disampaikan dapat dipraktikkan ketika mengulangkaji pelajaran.

Ada 10 teknik belajar secara berkesan:

1.       Tentukan matlamat belajar
2.       Belajar mengikut jadual waktu yang telah disediakan
3.       Berusaha mengingati pelajaran
4.       Sentiasa berfikiran tenang, gembira dan ceria.
5.       Hindari segala masalah.
6.       Jauhi aktiviti yang tidak berfaedah.
7.       Faham dan ingat setiap apa yang dibaca.
8.       Belajar dalam keadaan selesa dan segar.
9.       Mohon petunjuk dari Allah s.w.t.
10.    Beri ganjaran. 

Tag: smakt 2018 motivasi

0 komen

Sila berikan komen anda di sini