Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

RAWATAN PERGIGIAN

15 Januari 2018, Khamis: Pemeriksaan gigi secara berkala oleh para Jururawat dan Pegawai Pergigian dari  Klinik Pergigian Temerloh kepada pelajar-pelajar SMAKT telah pun bermula pada hari Khamis yang lalu. Setiap kelas akan mengikut giliran untuk diperiksa berpandukan jadual yang telah disusun oleh Guru Kesihatan.

Antara perkhidmatan yang telah disediakan adalah penjagaan pergigian asas termasuk pemeriksaan, cabutan, penskaleran dan profilaxis. Jika rawatan yang kompleks diperlukan, pelajar tersebut akan dirujuk kepada pakar pergigian. 

Ingatlah, gigi yang hilang tidak dapat digantikan semula. Walaupun terdapat pelbagai rawatan tetapi ia tidak sama dengan gigi asal yang dicipta oleh Allah. 

Tag: smakt 2018 Aktiviti kesihatan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini