Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAHRAJAN MEMANAH MASISUPA

Mahrajan Memanah  MASISUPA kali ke-36 telah berjaya diadakan di SMA Al-Basriah Kuala Tembeling Jerantut. Kejohanan ini telah berlangsung selama 2 hari bermula dari 7 hingga 8 Mac 2020. Seramai 6 orang pemanah dari SMAKT telah menyertai kejohanan kali ini iaitu 4 lelaki dan 2 perempuan. Kejohanan ini juga merupakan medan bagi memilih wakil Negeri Pahang ke mahrajan memanah di peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Kelantan Darul Naim nanti.
  
Peserta dari SMAKT, Al-Waiz bin Ahmad Nizar telah muncul juara bagi kategori recurve dengan score 499. Dalam acara Olimpik Round Individu lelaki Al-Waiz bin Ahmad Nizar juga telah menduduki tempat ke-3.
 
Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad ,Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang. 
 
Senarai peserta Memanah Recurve adalah seperti berikut:
1.    Al-Waiz Bin Ahmad Nizar
2.    Muhammad Akif Syahir Bin Nor Amizi
3.    Muhammad Luqman Hakim Bin Shamsul Bahari
4.    Muhammad Rayyan Imran Bin Riduan
5.    Nur Aqilah Bt Muhammad
6.    Ainur Insyirah Bt Mohd Afzan
 
Guru pengiring:
1.    Najihah Bt Zakaria
2.    Zamila Bt Aziz

Tag: 2020 MASISUPA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini