KEM MALAYSIA FUTURE LEADERS SCHOOL (MFLS)
Seramai 10 orang pelajar tingkatan 5 dari SMAKT telah berpeluang mengikuti Kem Malaysia Future Leaders School (MFLS) Cohort 2. Cikgu Nazzatulshima Bt Razali dan Cikgu Imtinan Bt Baharuddin turut mengiringi mereka.
Kem ini telah diadakan di Kem Bina Negara, Kuala Lipis Pahang bermula dari 25 Februari hingga 5 Mac 2020. Kem MFLS ini adalah dibawah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kem Belia dan Sukan.
Kem ini telah diadakan di Kem Bina Negara, Kuala Lipis Pahang bermula dari 25 Februari hingga 5 Mac 2020. Kem MFLS ini adalah dibawah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kem Belia dan Sukan.
Sebanyak 4 buah sekolah dari Daerah Temerloh telah dipilih menyertai kem tersebut iaitu SMA Al-Khariah, SMK Abu Bakar, SMK Temerloh Jaya dan SMK Hwa Lian. Para peserta akan menyertai aktiviti indoor dan outdoor sepanjang program dijalankan.
APA ITU MALAYSIA FUTURE LEADERS SCHOOL (MFLS)
MFLS ialah program baharu menggantikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tatanegara (BTN) dirangka secara holistik dengan menggabungkan kegiatan indoor (dalaman) dan outdoor (luaran) yang berimpak tinggi. Penerima manfaat dan remaja yang berusia 15 dan 17 tahun berpeluang untuk menyertai kem tersebut.
OBJEKTIF UTAMA PROGRAM:
KEPIMPINAN
Meningkatkan kemahiran dan nilai kepimpinan dalam kalangan belia.
Meningkatkan kemahiran dan nilai kepimpinan dalam kalangan belia.
KENEGARAAN
Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Sistem Pemerintan Negara.
Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Sistem Pemerintan Negara.
PEMBENTUKAN WATAK DAN JATI DIRI
Membentuk perwatakan yang positif melalui pembinaan jati diri yang mantap.
Membentuk perwatakan yang positif melalui pembinaan jati diri yang mantap.
KEUSAHAWANAN
Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman dari segi teori, prinsip dan praktikal berkaitan keusahawanan.
Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman dari segi teori, prinsip dan praktikal berkaitan keusahawanan.
0 komen